Thursday, October 22, 2009

nEver say gudbyE!!

pernah tak rase seperti anda x boleh melupakan seseorang?...
w/pun berapa lama saya tunggu..saya sendiri sedar yang ia x kn jd kenyataan...
kadang2..saya kasihan dengan diri sendiri..
menunggu sesuatu yang x pasti...melepaskan peluang yang dtg kerana dia..
dia x pernah suruh saya tunggu..
saya ambil keputusan tu sendiri...

dan sampai sekarang dia x tahu saya menunggu..
kawn saya kata saya bodoh!!..sebab x boleh melupakan dia..
tapi berapa kali pon saya cuba...
saya...x bolEh!!

saya tak pernah buka hati saya untuk sesiapa selepas dia...
saya ada hajat yang mesti dikabulkn sebelum menutup mata...
saya ada impian yang nak dikejar..
saya fikir saya harus 'vanish' kan dia dr hidup saya..

saya kena buang jauh2 perasaan ini.....
saya kena letak diri saya sebagai keutamaan pertama dalam hati saya..
dan saya fikir kami tidak akn bersua lagi selepas ini...
**tamat kisah dengan nya**

mungkin kawan2 saya gembira dengan perkhabaran ini..
mungkin mereka rasa saya deserve untuk dapat yg lg baik..
maybE...lah..

saya tidak pernah menyimpan dendam terhadap dia..
saya tahu dia x salah...

x per lah..yang penting saya agak hepi buat masa ini..
w/pun kerja banyak dan sangat memenatkan..
saya terasa seperti berjumpa dengan inspirasi dan semangat baru..
dan baru td saya dah kompEmkan...
w/pon terasa nk bagitau dengan org lain, tp hati saya kata..
"zetty..keEp it to urself!!"...
so...setakat ni biarlah apa yang saya fikir dan apa yang saya pandang hanya saya yang tahu..

saya ada sEbb yang kukuh dan interest baru untuk ke kelas mulai skrg!!...
**wish mE lUck!!**

Wednesday, October 7, 2009

hadapi sEmuanya

kEnapa semua harus berlaku pada aku?...
entah lah...kata hati aku ini balasan atas perbuatan sendiri...
tapi aku sering merasa tidak adil!!...

aku dah lama tidak menyimpan dendam pada sesiapa..
sungguh lama...
aku percaya ini semua ujian dari Nya..
menjadikan aku lebih kuat hadapi masa depan..
walau macam mana tebal pun muka...
harus bersedia hadapi segala kemungkinan...

dipersalahkan atau menyalahkan itu bukan sifat aku...
aku mahu bebas dari semua ini...
insyaallah...ada rezeki, aku mampu untuk bertahan 2 tahun setengah lagi di sini..
aku tidak mahu menghampakan harapan kedua ibu bapa ku
hanya kerana tindakan bodoh aku atau sesiapa..
aku rebut apa saja peluang yang ada di hadapan mata buat masa ini...

tidak mengapa..dah lelah nanti, aku boleh berhenti sebentar..
tapi tidak berputus asa..
perkataan itu tidak ingin wujud dalam kamus aku..

aku harus tabah hadapi semuanya..
aku harus kuat!!...
aku tidak boleh bersedih lagi...
aku mesti akan buktikan pada mereka yang aku bukan bodoh!!

aku bukan tidak boleh memahami atau difahami...
bagus..aku tanam semangat baru!!...
aku ingin bebas hidup tanpa kamu semua.......
aku akan berada di lingkungan selamat...

aku akan terus berusaha untuk bertahan sampai ke akhirnya...
aku akan..!!

huh...puas dan lega...

Friday, October 2, 2009

..into the new world..

apa itu perubahan?..perlukah ianya berlaku?..
erm...masing2 ada pendapat dalam hal ini...
bagi saya..banyak perubahan yang perlu berlaku di atas muka bumi ini..
bagi saya..masih banyak peluang untuk kita sedari bahawa peluang melakukan perubahan itu masih ada...dan seharus nya kita bersyukur untuk itu..

banyak manusia berfikir yang mereka x perlu berubah ke arah yang lebih baik..
bagi mereka, mereka dah cukup kuat dan selesa untuk teruskan kelangsungan hidup..
betul ke macam tu?..
memang..x mudah melakukan perubahan..
tetapi..bersediakah kita menghadapinya?..

kadang2 memang payah nak terima kekurangan diri sendiri...
kenyataan itu memang menyakitkan kadang2..
tapi kita harus bercermin diri dan pandang dari sudut positif dengan semua teguran..
contohnya..ada orang kata saya ni tergedik2...

saya terima teguran tu dengan hati terbuka...
dan saya cuba menjelaskan kepada dia bahawa saya sebenarnya hanya menikmati hidup..
kalau difikirkan secara logik pun..manusia harus bergembira kan?..

bila mereka tegur saya mementingkan diri...saya nilai semula apa yang saya pernah lakukan..
di mana letaknya nilai mementingkan diri itu...
dan saya tersedar mungkin saya mementingkan diri dalam membuat keputusan..
saya kurang mempertimbangkan perasaan org laen..
tapi saya ada penjelasan yang jelas untuk itu..

bagi saya..semuanya harus berjalan dengan pantas..
dalam dunia sekarang..tak kan ada sesiapa nak tunggu kita...
untuk terus maju..kita perlu bersaing secara sihat..kena pantas ambil peluang..
bila tiada seorang pun yang berani membuat sesuatu keputusan..
saya harus mengambil jalan tengah...

membuat keputusan yang menepati cita rasa semua orang itu bukan mudah..
nak menjaga perasaan semua orang itu tugasan yang amat berat...
tapi mudah bagi mereka yang suka menuding jari dan mencari kesalahan orang lain..

ketahuilah rakan..kamu insan yang tidak mengerti erti tanggungjawab sebenarnya...
kamu suka berada dalam 'safe mode'..
dan bila keadaan menjadi tidak menyenangkan...
kamu mudah menyalahkan orang lain..
kamu jadikan kami sebagai sasaran...

kamu lantang bersuara..tapi kamu tidak suka berfikiran rasional..
aku tahu aku juga bersalah..
tapi semua kesalahan diletakkan ke atas aku..
tidak adil bukan..?
memang, aku tidak layak mempertikaikan 'kematangan' kamu..
tapi...kamu harus berubah untuk meneruskan kelangsungan hidup ini..

kamu harus berani memikirkan setiap kebenaran di sebalik setiap kritikan yang kamu terima..
kalau pun perubahan itu terlalu payah bagi kamu..
hanya jika kamu memikirkan nya pun dah membuat aku bersyukur..
sekurang-kurang nya kamu tahu di mana silap nya kamu..

aku sayang kan hubungan ini..
kerana itu aku membuka seluas2 nya hati ini untuk menerima dan memaafkan kamu..
biarpun banyak kali air mata menitis kerana kamu..

jika kamu berperasaan sama...
sila lah renung2 kan apa yang ditulis ini..
tidak susah melakukan perubahan jika hati kamu redha dan ikhlas dengan nya...

p/s: dalam mood lagu snsd, into the new world!!