Friday, October 2, 2009

..into the new world..

apa itu perubahan?..perlukah ianya berlaku?..
erm...masing2 ada pendapat dalam hal ini...
bagi saya..banyak perubahan yang perlu berlaku di atas muka bumi ini..
bagi saya..masih banyak peluang untuk kita sedari bahawa peluang melakukan perubahan itu masih ada...dan seharus nya kita bersyukur untuk itu..

banyak manusia berfikir yang mereka x perlu berubah ke arah yang lebih baik..
bagi mereka, mereka dah cukup kuat dan selesa untuk teruskan kelangsungan hidup..
betul ke macam tu?..
memang..x mudah melakukan perubahan..
tetapi..bersediakah kita menghadapinya?..

kadang2 memang payah nak terima kekurangan diri sendiri...
kenyataan itu memang menyakitkan kadang2..
tapi kita harus bercermin diri dan pandang dari sudut positif dengan semua teguran..
contohnya..ada orang kata saya ni tergedik2...

saya terima teguran tu dengan hati terbuka...
dan saya cuba menjelaskan kepada dia bahawa saya sebenarnya hanya menikmati hidup..
kalau difikirkan secara logik pun..manusia harus bergembira kan?..

bila mereka tegur saya mementingkan diri...saya nilai semula apa yang saya pernah lakukan..
di mana letaknya nilai mementingkan diri itu...
dan saya tersedar mungkin saya mementingkan diri dalam membuat keputusan..
saya kurang mempertimbangkan perasaan org laen..
tapi saya ada penjelasan yang jelas untuk itu..

bagi saya..semuanya harus berjalan dengan pantas..
dalam dunia sekarang..tak kan ada sesiapa nak tunggu kita...
untuk terus maju..kita perlu bersaing secara sihat..kena pantas ambil peluang..
bila tiada seorang pun yang berani membuat sesuatu keputusan..
saya harus mengambil jalan tengah...

membuat keputusan yang menepati cita rasa semua orang itu bukan mudah..
nak menjaga perasaan semua orang itu tugasan yang amat berat...
tapi mudah bagi mereka yang suka menuding jari dan mencari kesalahan orang lain..

ketahuilah rakan..kamu insan yang tidak mengerti erti tanggungjawab sebenarnya...
kamu suka berada dalam 'safe mode'..
dan bila keadaan menjadi tidak menyenangkan...
kamu mudah menyalahkan orang lain..
kamu jadikan kami sebagai sasaran...

kamu lantang bersuara..tapi kamu tidak suka berfikiran rasional..
aku tahu aku juga bersalah..
tapi semua kesalahan diletakkan ke atas aku..
tidak adil bukan..?
memang, aku tidak layak mempertikaikan 'kematangan' kamu..
tapi...kamu harus berubah untuk meneruskan kelangsungan hidup ini..

kamu harus berani memikirkan setiap kebenaran di sebalik setiap kritikan yang kamu terima..
kalau pun perubahan itu terlalu payah bagi kamu..
hanya jika kamu memikirkan nya pun dah membuat aku bersyukur..
sekurang-kurang nya kamu tahu di mana silap nya kamu..

aku sayang kan hubungan ini..
kerana itu aku membuka seluas2 nya hati ini untuk menerima dan memaafkan kamu..
biarpun banyak kali air mata menitis kerana kamu..

jika kamu berperasaan sama...
sila lah renung2 kan apa yang ditulis ini..
tidak susah melakukan perubahan jika hati kamu redha dan ikhlas dengan nya...

p/s: dalam mood lagu snsd, into the new world!!

No comments: