Wednesday, October 7, 2009

hadapi sEmuanya

kEnapa semua harus berlaku pada aku?...
entah lah...kata hati aku ini balasan atas perbuatan sendiri...
tapi aku sering merasa tidak adil!!...

aku dah lama tidak menyimpan dendam pada sesiapa..
sungguh lama...
aku percaya ini semua ujian dari Nya..
menjadikan aku lebih kuat hadapi masa depan..
walau macam mana tebal pun muka...
harus bersedia hadapi segala kemungkinan...

dipersalahkan atau menyalahkan itu bukan sifat aku...
aku mahu bebas dari semua ini...
insyaallah...ada rezeki, aku mampu untuk bertahan 2 tahun setengah lagi di sini..
aku tidak mahu menghampakan harapan kedua ibu bapa ku
hanya kerana tindakan bodoh aku atau sesiapa..
aku rebut apa saja peluang yang ada di hadapan mata buat masa ini...

tidak mengapa..dah lelah nanti, aku boleh berhenti sebentar..
tapi tidak berputus asa..
perkataan itu tidak ingin wujud dalam kamus aku..

aku harus tabah hadapi semuanya..
aku harus kuat!!...
aku tidak boleh bersedih lagi...
aku mesti akan buktikan pada mereka yang aku bukan bodoh!!

aku bukan tidak boleh memahami atau difahami...
bagus..aku tanam semangat baru!!...
aku ingin bebas hidup tanpa kamu semua.......
aku akan berada di lingkungan selamat...

aku akan terus berusaha untuk bertahan sampai ke akhirnya...
aku akan..!!

huh...puas dan lega...

No comments: